Monday, July 21, 2014

Taiwan Bakal Menyaman Pejalan Kaki

Sebuah undang-undang baru di Taiwan akan digubal bagi membenarkan pihak berkuasa menyaman pejalan kaki yang melintas jalan sambil menggunakan telefon pintar. Undang-undang yang pastinya akan mendatangkan kontroversi ini terpaksa digubal bagi menyedarkan orang ramai bahaya melintas jalan sambil menggunakan peranti. Kes kematian dan kemalangan akibat amalan yang kini biasa kita lihat ini semakin meningkat di Taiwan. Terkini seorang pejalan kaki maut digilis teksi kerana khusyuk menggunakan peranti milik beliau. Pihak berkuasa kini sedang memperhalusi undang-undang ini bagi menetapkan apakah parameter yang mengakibatkan pejalan kaki boleh disaman. Saman yang disarankan adalah NT 300 iaitu sekitar RM 34. Nilai denda yang dikenakan ini nyata terlalu rendah. Di Malaysia masalah pejalan kaki menggunakan peranti ketika melintas masih belum mencapai masalah kronik. Kes kemalangan melibatkan pejalan kaki yang menggunakan peranti belum pernah kami dengar di Malaysia. Tetapi kemalangan akibat menggunakan peranti ketika memandu sudahpun dilaporkan beberapa kali sehingga mengakibatkan kematian. Adakah undang-undang serupa boleh digunapakai di Malaysia sekarang sebelum kejadian maut menimpa ? Lebih baik mengadah sebelum terhantuk bak kata pepatah orang tua.

No comments: