Monday, July 21, 2014

Vine Memperkenalkan Web Mereka

Laman web Vine sebelum ini memerlukan pengguna untuk log masuk terlebih dahulu sebelum dapat menonton pelbagai video yang dikongsikan pengguna seluruh dunia. Hari ini, ia berubah apabila pembangun Vine memperkenalkan kemaskini pada web mereka. Melalui kemaskini baru ini, ia memudahkan sesiapa sahaja untuk mengakses laman Vine pada desktop mereka, sekaligus menonton hasil karya daripada pengguna seluruh dunia. Pengguna juga boleh membuat carian, melihat playlist dan sebagainya dengan mudah. Pengenalan perubahan ini sekaligus memperlihatkan perubahan penawaran Vine, dan menjadikannya boleh bersaing dengan perkhidmatan seumpamanya dengan yang lain, selain memudahkan lagi proses perkongsian dan penemuan video oleh semua pengguna. Pengenalan ini juga akan memudahkan lagi pembangun Vine menjana wang melalui perkhidmatan mereka. Layari : Web Vine

No comments: