Monday, July 21, 2014

Huawei Membuka Kedai “Flagship” Pertama Di Malaysia

Huawei dalam usaha untuk terus mengukuhkan kedudukan mereka di Malaysia dengan membuka kedai flagship pertama mereka di Malaysia, yang terletak di Plaza Lowyat. Melalui kedai ini, ia menawarkan pengguna untuk melihat dan mencuba pelbagai peranti dan aksesori daripada Huawei, selain boleh melakukan pembelian terus disana. Dengan pengenalan kedai flagship ini, ia menjadikan jumlah kedai Huawei di Malaysia mencapai angka 32 buah kedai, selain menawarkan kedai secara online iaitu VMall. Sebelum ini, Pihak Huawei telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka, Honor 3C yang menerima angka tempahan yang tinggi. Honor 3C dijual pada harga RM499 di Malaysia.

No comments: