Untuk mengatasi dan menghalang penjejak pihak ketiga daripada mengikuti pengguna di web, EFF (Electronic Frontier Foundation) telah mengeluarkan sebuah plug-in baru khusus untuk mengatasinya dinamakan sebagai Privacy Badger. Privacy Badger ditawarkan untuk Chrome dan Firefox buat masa ini, dimana ia menghalang sebarang penjejak mahupun cookies pihak ketiga daripada mengikut dan mengumpulkan data pelayaran web anda. Sebaik sahaja memasangnya, pengguna akan diperlihatkan dengan sebuah ikon Privacy Badger pada bahagian bar URL. Pengguna boleh klik pada ikon tersebut untuk melihat status semasa, seperti apakah yang dihalang dan apakah yang dibenarkan. Ia dilabelkan mengikut tiga warna, iaitu hijau, kuning dan juga merah. Kuning dilihat membawa maksud sesuatu penjejak itu dibenarkan supaya laman dapat berfungsi dengan betul, sementara merah pula dilihat sesuatu penjejak itu dihalang, berkemungkinan yang berkaitan dengan pengiklanan. Apa pun, ia masih terdapat beberapa kekangan, dimana ia hanya memantau penjejak pihak ketiga sahaja disesuatu laman. Ini bermaksud, sesuatu penjejak itu akan berfungsi seperti biasa, sebagai contoh daripada Google, akan berfungsi seperti biasa ketika anda berada di laman mereka. Bagi yang mementingkan privasi dan ingin mengelak data pelayaran web anda dipantau, bolehlah memasang Privacy Badger ini. Muat-Turun Privacy Badger.
Monday, July 21, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment