Monday, July 14, 2014

Mouse Cam : Tetikus Dengan Kamera

Kamera hadapan ialah sesuautu yang normal pada peranti pintar dan komputer riba. Tetapi sekiranya anda menggunakan desktop, anda tidak miliki kamera web tersebut. Tetapi syarikat pengeluar tetikus ternama Genius menghasilkan tetikus Cam Mouse yang menggabungkan tetikus dan kamera digital. Soalan pertama yang mungkin anda mahu tanyakan ialah “mengapa cam mouse dihasilkan?”. Menurut Genius tetikus berkamera 2 Megapixel ini sesuai digunakan oleh pelajar kolej. Anda boleh mengambil gambar nota dari papan putih yang kemudian disimpan terus kedalam komputer riba. Tak perlu lagi menggunakan telefon pintar anda dan kemudian memindahkan gambar menggunakan Bluetooth. Terdapat butang kamera khas pada bahagian tepi Cam Mouse dan penutup lensa apabila ianya tidak digunakan. Penutup lensa ini pula akan menutup laser tetikus dari membutakan orang ramai apabila anda menggunakan Cam Mouse di dalam mod kamera. Nampak ianya sebuah idea yang bernas.

No comments: