Setelah melalui fasa beta sebelum ini, Mozilla hari ini secara rasminya telah melancarkan pelayar web Firefox 29 untuk pengguna desktop. Membawakan beberapa kemaskini di belakang tabir seperti penambahbaikan dari segi prestasi selain memperkenalkan antaramuka “Australis” yang serba baru melalui versi ini. Pihak Mozilla juga turut menghadirkan fungsi sync melalui Firefox 29 yang membolehkan pengguna sync maklumat pelayaran web seperti bookmarks, history dan login info melalui akaun Firefox. Melalui fungsi ini, ia memudahkan info diselaraskan kepada semua peranti dengan hanya membuat log masuk menggunakan satu akaun sahaja. Turut tidak ketinggalan, pengguna juga boleh mendapatkan suggestion daripada Bing apabila pengguna melancarkan fungsi carian.
Monday, July 14, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment