Monday, July 21, 2014

Spell Up - Bermain Mengeja Perkataan

Google sering hadir dengan beberapa eksperimen untuk memperlihatkan pelbagai fungsi pada pelayar web mereka. Terkini, mereka hadir dengan sebuah eksperimen baru untuk Chrome, dengan memperkenalkan permainan yang dinamakan “Spell Up”. Spell Up membawakan permainan mengeja perkataan berbahasa Inggeris, dimana pengguna perlu  mengeja sesuatu perkataan, dan ia menjadi sukar dari satu tahap ke tahap seterusnya. Melalui Spell Up, pihak Google memperlihatkan sokongan “Web Speech API”, disamping pada masa yang sama membolehkan pengguna mempelajari bahasa Inggeris dengan mudah. Bagi yang menggunakan pelayar web Chrome, bolehlah mencuba bermain dengan eksperimen ini melalui plug-in khusus yang disediakan Google. Layari : Spell Up

No comments: