Monday, July 21, 2014

Cermin Mata Hitam Dengan Lensa Instagram

Gambar yang diambil dengan Instagram kerap kali kelihatan lebih cantik dari realiti. Dengan menggunakan effect yang disediakan, gambar yang diambil juga akan kelihatan lebih artistik. Tens ialah cermin mata hitam yang membolehkan anda melihat dunia dari pandangan seakan effect di Instagram. Setiap cermin mata Tens akan memberikan anda pandangan Instagram sepanjang masa tanpa perlu menggunakan peranti pintar. Sepasang cermin mata hitam Tens dijual pada harga 60 dollar dan terdapat empat pilihan warna yang boleh anda pilih. Apa yang kita perlukan sekarang ialah cermin mata hitam pintar dengan kamera terbina. Anda memilih effect yang anda mahu kemudian apa yang anda lihat boleh dimuat naik terus ke Instagram. Sumber Rujukan: TensLife

No comments: