Monday, July 21, 2014

Bitly Meminta Pengguna Mengemaskini Kata Laluan

Bitly merupakan salah satu perkhidmatan yang menawarkan pengguna untuk memendekkan URL sebelum ia dikongsikan di laman sosial. Terkini, pihak Bitly mendapati terdapat kebocoran pada pihak mereka yang membuatkan akaun pengguna Bitly terdedah kepada pihak ketiga. Untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini, pihak Bitly meminta pengguna mengubah kata laluan mereka di laman Bitly, selain turut mengubah kekunci API dan OAUth. Pihak Bitly turut mengatakan mereka telah menetapkan semula sambungan Facebook dan Twitter. Bagi pengguna Bitly, anda perlu mengubah kata laluan tersebut dan mengemaskini akaun anda di laman mereka.

No comments: