Monday, July 21, 2014

Mozilla Malaysia Melancarkan Firefox 29 Dalam BM

Hari ini Mozilla Malaysia secara rasminya melancarkan pelayar web Firefox 29 dengan sokongan Bahasa Malaysia. Firefox 29 merupakan pelayar web stabil pertama yang hadir dengan sokongan Bahasa Malaysia, selain turut hadir dengan antaramuka baru dinamakan sebagai Australis. Proses terjemahan ini telah mengambil masa sehingga 2 tahun setengah dimana ia telah disertai oleh seramai 50 orang awam. Dalam tempoh tersebut, sebanyak 88000 frasa telah diterjemah, dan kini pengguna boleh menggunakan pelayar web berkenaan didalam bahasa Malaysia sepenuhnya. Selain daripada pelayar web Firefox untuk desktop, komuniti Mozilla Malaysia juga dalam proses menterjemah Firefox untuk Android ke dalam Bahasa Malaysia, termasuk Firefox OS. Kedua-duanya kini dalam fasa pembangunan dan hadir dalam versi stabil dalam beberapa bulan lagi. Bagi yang ingin menyertai komuniti Mozilla Malaysia untuk membantu proses terjemahan, boleh layari laman Mozilla Firefox BM, selain turut mengikuti perkembangan semasa melalui Twitter @MozillaMY. Layari : Laman Mozilla Malaysia

No comments: