Monday, July 21, 2014

Microsoft Office Mix

Untuk menjadikan persembahan PowerPoint anda lebih interaktif dan mudah dikongsikan melalui web, pihak Microsoft telah menyediakan sebuah plug-in khas khusus untuk PowerPoint 2013 yang dinamakan sebagai Office Mix. Office Mix ini masih lagi dalam peringkat beta dan akan dilancarkan versi penuh tidak lama lagi. Pengguna boleh merakam persembahan mereka dengan audio dan menambah kandungan daripada pelbagai aplikasi lain untuk menjadikan fail persembahan mereka lebih menarik termasuk daripada Khan Academy dan sebagainya. Sebaik sahaja selesai merakam dan menyunting kandungan, pengguna boleh menerbitkan terus ke laman Mix dengan hanya satu klik sahaja, dan seterusnya berkongsi bersama-sama pengguna lain melalui laman khusus daripada Microsoft itu. Sekiranya pengguna tidak ingin menerbitkan ia, dan sekadar ingin berkongsi dengan sekumpulan kecil sahaja, pengguna boleh memilih pilihan untuk menyimpan ia dalam bentuk MP4 dan menontonnya menggunakan sebarang pemain media. Bagi yang berminat, boleh memuat-turun Office Mix hari ini. Muat-Turun Office Mix untuk PowerPoint.

No comments: