Monday, July 21, 2014

Lenovo Memperkenalkan Enam Peranti Android Baru

Lenovo hari ini memperkenalkan beberapa telefon pintar baru mereka yang menjalankan sistem operasi Android, selain turut dijana menggunakan cip pemprosesan MediaTek. Menjadi fokus utama adalah Lenovo S860, yang menggunakan cip pemprosesan empat-teras MTK6582M 1.3GHz, memori 2GB RAM, skrin bersaiz 5.3-inci dan bateri berkapasiti 4000mAh. Lenovo S860 menyertakan kamera 8-megapixel pada bahagian belakang. Dijual pada harga RM1169. Selain Lenovo S860, pihak Lenovo turut memperlihatkan Lenovo S650 yang dilengkapi cip pemprosesan sama, tetapi membawakan skrin bersaiz 4.7-inci, memori 1GB RAM dan bateri berkapasiti 2000mAh. Menggunakan kamera 8-megapixel seperti S850, tetapi hanya menawarkan ruangan storan sebesar 8GB sahaja. Peranti ini dijual pada harga RM699. Bagi yang inginkan peranti pada harga rendah dan skrin bersaiz besar, Lenovo menawarkan S680 yang menggunakan skrin bersaiz 5-inci, cip pemprosesan empat-teras yang sama, memori 1GB RAM, bateri berkapasiti 2000mAh dan ruangan storan sebesar 4GB. Peranti yang menggunakan kamera blakang 5-megapixel ini dijual pada harga RM499. Terdapat beberapa peranti yang sedia ditawarkan di Malaysia sejak beberapa minggu yang lepas. Selain ketiga-tiga peranti ini, Lenovo juga membawa masuk Lenovo S660 pada harga RM749, Lenovo A859 pada harga RM719 dan Lenovo A526 pada harga RM469.

No comments: