Monday, July 21, 2014

Adobe Voice Diperkenalkan Untuk iPad

Hari ini Adobe melancarkan sebuah aplikasi baru dinamakan Adobe Voice. Buat masa ini, aplikasi ini ditawarkan untuk pengguna iPad sahaja. Membolehkan pengguna hadir dengan penceritaan yang interaktif menggunakan video dan audio. Pengguna boleh memilih apa yang ingin disertakan, kemudian memilih animasi, dan merakamkan audio daripada aplikasi tersebut. Pelbagai rekaan tema turut disediakan untuk pengguna membuat pilihan, dan pengguna boleh memilih pelbagai jenis gambar ikon yang dilesenkan dibawah Creative Commons. Sebaik sahaja anda selesai membuat video anda, anda boleh berkongsi ia ke pelbagai laman sosial dan membolehkan yang lain menonton video berkenaan. Bagi yang menggunakan iPad, boleh memuat-turun aplikasi ini. Muat-Turun Adobe Voice untuk iPad.

No comments: