Box sebelum ini telah memperkenalkan sokongan membuat nota pantas. Namun, ketika itu hanya diperkenalkan dalam bentuk beta dan terhad kepada segelintir pengguna sahaja. Hari ini, ia berubah apabila Box mengumumkan, mereka mula memperkenalkan fungsi baru Box Notes kepada semua pengguna secara berperingkat. Box Notes merupakan salah satu perkhidmatan penyuntingan atas-talian yang disediakan oleh Box, membolehkan pengguna berkolaborasi membuat sesuatu dokumen bersama-sama dengan rakan mereka yang lain. Pihak Box sendiri menyarankan menggunakan Box Notes untuk beberapa tujuan, termasuk untuk mencatatkan minit mesyuarat, untuk berbincang mengenai projek, merancang pelan pemasaran, mahupun membuat nota peribadi dan sebagainya. Daripada percubaan yang dilakukan, ia berfungsi dengan lancar tanpa sebarang masalah. Sekiranya sudah mempunyai akaun, anda akan melihat sebuah butang baru dinamakan Box Notes yang telah ditambah pada bahagian menu akaun anda. Sumber Rujukan : Box
Monday, July 21, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment