Google hari ini, mengumumkan satu lagi perkara baru dinamakan Google Classroom yang ditujukan untuk para guru di seluruh dunia dalam usaha memudahkan mereka mengajar dan berkomunikasi dengan pelajar. Ia membolehkan para guru mengurus pelbagai perkara, daripada membuat dan mengumpulkan tugasan pelajar serta berkomunikasi didalam kelas. Terdapat Google Docs, Google Drive dan GMail bagi menjayakan perkara ini. Para guru yang berminat bolehlah mendaftar minat untuk mencuba Google Classroom ini. Pihak Google dijangka akan memperkenalkan perkara ini kepada semua sekolah melalui Google Apps Education pada September ini.
Monday, July 21, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment