Menjadi perhatian utama semestinya peranti dengan paparan 2K mereka, iaitu Oppo Find 7. Dari segi spesifikasi, Oppo Find 7 menyertakan cip pemprosesan empat-teras 2.5Ghz, memori 3GB RAM, skrin 5.5-inci dengan resolusi 2560×1440 pixel, kamera belakang 13-megapixel, dan juga menggunakan ColorOS 1.2. Menjadi fokus utama pada peranti ini adalah kameranya yang menawarkan rakaman gambar dalam pelbagai mod, selain sokongan pengecasan pantas yang membolehkan pengguna mengecas sehingga 75% dalam masa 30 minit. Ia turut menyertakan pelbagai sokongan gesture, termasuk dwi-tap untuk mengaktifkan dan mematikan skrin. Pada bahagian kamera, terdapat mod UltraHD yang membolehkan pengguna merakam gambar, zoom, dan melihat sesuatu perkara tanpa kehilangan data seperti kamera lain. Selain itu, terdapat juga sokongan Focus Tracking dan rakaman video 4K pada peranti berkenaan. Dijual bermula penghujung Jun ini pada harga RM1998.
Monday, July 21, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment