Huawei hari ini secara rasminya memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Huawei Ascend P7. Membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan dilengkapi Gorilla Glass 3, paparan resolusi pada 1920×1080 pixel, cip pemprosesan empat-teras HiSilicon Kirin 910 SoC 1.8GHz, memori 2GB RAM dan ruangan storan 16GB berserta sokongan kad mikro-SD. Menariknya pada peranti ini, ia menggunakan kamera belakang 13-megapixel dengan sensor daripada Sony, selain kamera hadpaan 8-megapixel yang semestinya menjadi pilihan ramai pengemar selfie. Huawei juga turut melengkapkan peranti ini dengan sokongan LTE, salah satu perkara yang tidak terdapat pada Ascend P6 sebelum ini. Dari segi antaramuka pula, ia menggunakan Emotion UI 2.3, dan dijana menggunakan Android 4.4 KitKat. Beberapa fungsi baru turut hadir termasuk Permission Manager dan juga sokongan penjimatan kuasa yang telah dikemaskini.
Monday, July 21, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment