Oppo hari ini memperkenalkan dua lagi peranti terbaru mereka iaitu Oppo Yoyo dan juga Oppo Joy. Oppo Joy merupakan salah satu telefon pintar dengan spesifikasi asas. Menggunakan cip pemprosesan MediaTek dwi-teras 1.3GHz, skrin bersaiz 4-inci WVGA, memori 512MB RAM dan kamera belakang 3-megapixel. Oppo Yoyo pula merupakan peranti spesifikasi pertengahan yang menggunakan cip pemprosesan empat-teras 1.3Ghz, skrin bersaiz 4.7-inci IPS, memori 1GB RAM, kamera belakang 5-megapixel dan kamera hadpaan 2-megapixel. Oppo Joy dijual pada harga RM398 sementara Oppo Yoyo dijual pada harga RM798.
Monday, July 21, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment