FourSquare hari ini mengumumkan beberapa langkah drastik untuk meneruskan perniagaan mereka dengan membahagikan kepada dua aplikasi, iaitu aplikasi FourSquare dan juga sebuah aplikasi baru yang dinamakan Swarm. Aplikasi FourSquare berfungsi untuk memudahkan pengguna menemui beberapa tempat dan lokasi menarik disekitar mereka, dan digunakan untuk membuat carian lokasi dan sebagainya. FourSquare akan di jenamakan semula daripada sebuah laman sosial kepada sebuah perkhidmatan pencarian dan penemuaan lokasi. Sementara aplikasi Swarm baru ini pula akan memfokuskan kepada fungsi sosial mereka, seperti untuk daftar-masuk lokasi dan mengetahui dimanakah rakan-rakan anda berada. Halaman utama Swarm ini sendiri dilihat menunjukkan rakan-rakan yang berdekatan anda, sekaligus memudahkan anda bertemu dan mengetahui siapakah yang berdekatan dengan anda. Kemaskini dan pembahagian kepada dua aplikasi ini dijangka akan diperkenalkan oleh FourSquare dalam masa beberapa minggu lagi, dan aplikasi Swarm dijangka akan diperkenalkan kepada iOS dan Android terlebih dahulu. Layari : FourSquare Swarm.
Monday, July 21, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment