Monday, July 21, 2014

#AmazonCart

Hari ini Amazon mengumumkan salah satu fungsi baru dinamakan sebagai #AmazonCart yang dilihat sebagai salah satu usaha Amazon untuk memudahkan pengguna mereka menambah sesuatu barangan yang ingin dibeli ke akaun mereka, tanpa perlu meninggalkan Twitter. Sekiranya pengguna melihat sebarang Tweet di garis masa Twitter mereka yang menarik minat, pengguna boleh membalasnya dengan menaip #AmazonCart, dan ia secara automatik akan ditambah ke dalam akaun mereka. Untuk menggunakannya, pengguna perlu menghubungkan akaun Twitter dan Amazon, sebelum dapat menggunakan fungsi tersebut. Buat masa ini, diaktifkan untuk pengguna di Amerika Syarikat dan UK sahaja. Jadi, apa pandangan anda terhadap konsep #AmazonCart ini ? Layari : #AmazonCart

No comments: