Firefox 29 hadir dengan antaramuka baru dinamakan “Australis” yang membawakan rekaan seperti Chrome. Perkara ini mungkin tidak diminati ramai, dan mungkin ada sesetengah pengguna yang inginkan antaramuka lama Firefox. Untuk memudahkan perkara tersebut, salah satu add-on yang dapat membantu adalah Classic Theme Restorer. Sebaik sahaja anda memasang add-on tersebut, ia akan meminta anda memulakan semula pelayar web anda, dan anda akan melihat antaramuka lama Firefox pada pelayar web anda. Menariknya mengenai Classic Theme Restorer ini adalah ia turut hadir dengan sebuah menu khusus pada bahagian tetapan, membolehkan pengguna mengubah pelbagai perkara pada pelayar web mereka dan mengoptimasikan pelayar web Firefox mengikut kegemaran anda. Bagi pengguna yang inginkan antaramuka lama Firefox, boleh memuat-turun Classic Theme Restorer ini. Muat-Turun Classic Theme Restorer
Monday, July 21, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment