Monday, July 14, 2014

Facebook Mengumumkan App Links

Pada web, kita boleh klik sesuatu pautan dan ia membawa ke web yang lain. Namun, untuk aplikasi mudah-alih, ia tidak berfungsi seperti itu, dan agak sukar untuk pengguna mengakses data yang berkaitan pada aplikasi lain. Untuk mengatasi perkara ini, pihak Facebook telah mengumumkan App Links. App Links dikatakan sebagai sebuah piawaian baru dalam usaha untuk membolehkan pembangun memasukkan kod dan membuat pautan antara aplikasi lain. Facebook mengatakan pembangun hanya perlu memasukkan sedikit kod sahaja dalam usaha memudahkan kandungan mereka diakses oleh aplikasi lain. Untuk menjayakannya, pihak Facebook mengumumkan beberapa rakan kerjasama bagi menyokongnya, termasuk Spotify, Mailbox, Flickr, Goodreads, dan aplikasi Facebook sendiri.

No comments: