Samsung hari ini secara rasminya memperkenalkan Galaxy K Zoom dengan sokongan telefoni. Galaxy K Zoom merupakan gabungan teknologi pengimejan digital dengan menyertakan sokongan rakaman gambar yang lebih baik berbanding kebanyakkan telefon pintar di pasaran hari ini. Dilengkapi dengan sistem kawalan teknikal yang digemari para jurugambar profesional. Menawarkan zoom optikal sehingga 10x, dan turut menyertakan sensor 20.7 megapixel BSI CMOS pada bahagian belakang. Samsung mengatakan ia berfungsi dengan baik pada keadaan malap, selain turut menyertakan sokongan OIS (Optical Image Stabilizer) untuk mengurangkan kadar kekaburan gambar ketika bergerak. Sokongan Xenon Flash turut disertakan untuk hasil rakaman gambar yang lebih baik. Beberapa ciri-ciri rakaman pintar turut disertakan pada kamera ini, termasuk antaranya adalah AF/AE Separation (Auto Focus/Auto Exposure Separation), Selfie Alarm, Pro Suggest (yang hadir dengan lima tetapan untuk filter), dan beberapa sokongan tambahan lain. Seperti Galaxy S5, pihak Samsung turut melengkapkan peranti ini dengan sokongan Ultra Power Saving Mode, serta menggunakan antaramuka TouchWiz padanya. Sebuah aplikasi Studio turut disediakan untuk penyuntingan gambar dan video, selain aplikasi popular S-Health Lite turut disertakan.
Monday, July 14, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment