Mark Zuckerberg hari ini memulakan acara Facebook F8 untuk para pembangun, berkongsi mengenai beberapa perkembangan semasa. Mark Zuckerberg juga turut memulakan tema baru, “People First” dalam memberikan lebih pilihan kepada pengguna. Untuk makluman, kebanyakkan aplikasi hari ini menggunakan sokongan log masuk menggunakan Facebook. Melalui kemaskini baru ini, ia membolehkan pengguna untuk memilih dengan lebih mendalam berkenaan apakah yang ingin dikongsikan bersama-sama aplikasi berkenaan, dan apakah yang tidak ingin dikongsikan. Selain itu, satu lagi perkara baru yang diperkenalkan adalah fungsi “Anonymous Login”. Pengguna boleh menggunakannya dan menguji sesuatu aplikasi baru tanpa perlu menggunakan identiti sebenar mereka. Pengguna boleh menguji sesuatu perkhidmatan tanpa perlu memberi data mereka kepada pihak ketiga, dan menyambung menggunakannya menggunakan identiti sebenar sekiranya menyukainya. Memandangkan ia baru diumumkan untuk para pembangun, maka fungsi ini akan mengambil sedikit masa sebelum disokong pada aplikasi ketiga yang lain.
Monday, July 14, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment