Telefon pintar anda mampu melakukan pelbagai perkara dan kadangkala ada fungsi yang disertakan tidak anda sedari kerana anda tidak membaca manual sepenuhnya. Jadi apakah cara terbaik untuk mengajar pengguna peranti pintar baru dengan mengetahui kesemua fungsi yang telah disertakan ? EvolutionUI ialah projek yang sedang dilakukan oleh Sony untuk mengubah antaramuka peranti anda menjadi sebuah permainan. Melalui proses pempermainan (gamification), fungsi -fungsi tertentu peranti akan diaktifkan selepas pemilik berjaya melakukan beberapa pencapaian (achievement). Sebagai contoh fungsi talam aplikasi hanya boleh diakses selepas pengguna membuka 5 aplikasi. Jika anda berjaya meletakkan pintasan pada muka hadapan peranti pula, fungsi muka baru pada paparan akan diaktifkan. Lencana khas akan diberikan kepada anda dengan setiap pencapaian yang anda lakukan sama seperti yang ada pada konsol PlayStation milik Sony. Masih lagi didalam fasa percubaan dan eksperimentasi.
Monday, July 14, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment