Monday, June 30, 2014

Teknologi Lytro Illum

Lytro muncul di pasaran pada tahun 2012 dengan kemampuan memfokus gambar mengikut kehendak pengguna. Kamera berbentuk empat segi ini membawakan inovasi yang kini dilihat pada peranti Samsung Galaxy S5, Nokia Lumia dan juga HTC One M8. Sungguhpun fungsi ini sudah ada pada peranti pintar terkini, ianya masih belum dapat menandingi kualiti Lytro asal. Masalahnya Lytro terlalu mahal dan mempunyai rekaan yang tidak mesra pengguna. Ianya berbentuk empat segi dan dipegang seperti sebuah teropong dan bukannya kamera. Akibatnya sambutan terhadap kamera ini adalah kurang memuaskan. Hari ni Lytro memperlihatkan Illum, model terkini kamera mereka yang kelihatan seperti kamera konvensional. Ia mempunya sensor 40 Megaray, zoom optikal 8x  (30 – 250 mm) serta lensa f/2.0 dan turut dilengkapi skrin sesentuh sebesar 4 inci bagi memudahkan navigasi. Pihak Lytro berharap rekaan Illum yang lebih konvensional kali ini akan membuatkan kamera ini lebih diterima penggemar seni fotografi. Dijual pada harga 1499 Dollar.

No comments: