Monday, June 30, 2014

Finger Reader Membantu Orang Buta

Buku Braille dicipta oleh Louise Braille pada tahun 1824 bagi membolehkan golongan buta membaca dengan menggunakan hujung jari mereka. Braille mencipta sistem bacaan ini selepas buta pada usia 15 tahun akibat kemalangan. Masalah utama buku Braille ialah ianya jauh lebih tebal, berat dan mahal berbanding buku biasa. Tidak kesemua buku yang ada di pasaran ada di dalam versi Braille dan ini menghadkan keupayaan membaca golongan buta. Jika orang buta ingin melakukan kajian sarjana sebagai contoh, tidak ada jurnal kajian didalam versi Braille. Jadi apakah yang boleh dilakukan bagi membantu golongan buta membaca buku-buku ini ? Finger Reader ialah sebuah cincin yang boleh dipakai oleh orang buta bagi membaca buku biasa. Ianya adalah projek yang sedang dibangunkan Massachusetts Institute of Technology bagi memperkasakan golong buta dengan menggunakan teknologi pengenalan teks. Finger Reader mempunyai kamera yang mengimbas bahagian buku yang ditunjuk jari si pembaca buta dan kemudian menukarkan teks kepada suara menggunakan perisian khas. Buat masa ini prototaip Finger Reader masih lagi terlalu besar dan tidak cukup praktikal untuk digunakan didalam dunia sebenar. Tetapi kami percaya dengan penambahbaikan ianya boleh menjadi teknologi berguna untuk golongan buta.

No comments: