Monday, June 30, 2014

Samsung NX Mini

Samsung NX Mini menyertakan skrin boleh flip 180-darjah bersaiz 3-inci, serta dilengkapi dengan sokongan NFC dan juga WiFi. Untuk bahagian kamera, ia menyertakan sensor 20.5-megapixel BSI, membolehkan pengguna merakam gambar pada kepantasan shutter sehingga 1/16000 saat. Pengguna boleh menggunakan lensa tambahan padanya, tetapi perlu mendapatkan aksesori tambahan iaitu NX-M Mount Adapter. Pihak Samsung turut menawarkan lensa yang dikhaskan untuk NX Mini ini, iaitu NX-M 9mm F3.5 ED dan NX-M 9-27mm F3.5-5.6 ED OIS. Kedua-dua lensa ini dijual berasingan, dimana masing-masing membawakan harga RM659 dan juga RM929. Kamera Samsung NX Mini pula dijual pada harga RM1399 dan boleh didapati daripada para pengedar rasmi Samsung seluruh negara.

No comments: