Monday, June 30, 2014

Pertandingan “Doodle 4 Google”

Bagi yang aktif melayari Google, mungkin penggunaan doodle bukan sesuatu yang baru dimana pihak Google sering hadir dengan sebuah logo yang menarik bersempena perayaan, perisitiwa dan sebagainya. Di Malaysia sahaja, pihak Google telah memperkenalkan beberapa doodle khusus, termasuk pada Hari Merdeka, PRU13 dan pada tahun ini mereka menyediakan doodle khusus untuk Yasmin Ahmad. Untuk membawa ia setapak lagi kehadapan, Google Malaysia mengumumkan pertandingan “Doodle 4 Google” yang pertama di Malaysia, membolehkan para pelajar sekolah menyertai dan berkongsi kreaitiviti mereka untuk hadir dengan sebuah doodle yang menarik. Pertandingan yang julung kali diadakan ini mengambil tema “Malaysia to me is…”, dan dibuka kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah dalam kategori umur 7-9 tahun, 10-12 tahun, 13-15 tahun dan 16-17 tahun. Pemenang pertandingan ini akan dipamerkan pada Hari Malaysia, 16 September 2014 tahun ini. Beberapa rakan kerjasama turut menawarkan hadiah-hadiah menarik untuk pertandingan ini, dan salah satunya adalah DiGi. Bagi yang mempunyai adik atau anak di sekolah, anda boleh mengalakkan mereka menyertai pertandingan Doodle 4 Google Malaysia ini, dimana berakhir pada 15 Julai 2014. Layari : Pertandingan Doodle 4 Google Malaysia.

No comments: