Monday, June 30, 2014

AcDisplay – Memaparkan Notifikasi Di Android

Bagi yang pernah menonton video promosi ataupun melihat peranti Moto X, mungkin perasan bentuk notifikasi yang diperlihatkan padanya. Kini, semua pengguna Android turut boleh menikmati fungsi tersebut melalui aplikasi AcDisplay. Aplikasi ini akan memaparkan notifikasi yang masuk bersama-sama dengan pelbagai notifikasi lain yang tidak dibuka atau diakses pengguna. Untuk melihat secara pantas, pengguna boleh sentuh pada ikon notifikasi tersebut, dan ia akan memaparkan secara ringkas apakah yang dibawakannya, dan pengguna boleh swype ke bawah untuk mengakses terus ke aplikasi berkenaan. Aplikasi ini hanya menyokong pengguna Android 4.4 dan terkini sahaja. Bagi yang berminat, boleh memuat-turunnya secara percuma dari Google Play Store. Muat-Turun Aplikasi AcDisplay

No comments: