Monday, June 30, 2014

Dropbox Mengambil-Alih Loom Dan Hackpad

Dropbox nampaknya pada tahun ini ingin memperluaskan portfolio mereka dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan berasaskan Cloud. Setelah memperkenalkan aplikasi Mailbox dan aplikasi Carousel minggu lepas, minggu ini mereka mengambil-alih beberapa syarikat baru. Dua syarikat baru yang diambil-alih mereka adalah Loom dan juga Hackbox. Loom merupakan salah satu aplikasi yang menawarkan sokongan untuk memuat-naik gambar dan menyimpannya di Cloud. Ia menyertakan beberapa perkara unik, termasuk rekaan yang kemas dan juga sokongan berasaskan gesture. Dengan pengambil-alihan ini, pihak Dropbox akan menamatkan perkhidmatan Loom pada 16 Mei. Pengambil-alihan ini akan membantu untuk membawa fungsi menarik ke aplikasi Carousel mereka. Selain Loom, pihak Dropbox turut mengambil-alih perkhidmatan Hackpad yang menawarkan sokongan kolaborasi bersama-sama rakan sekerja ataupun sesuatu kumpulan. Pengguna boleh berkongsi dokumen, nota dan sebagainya.

No comments: