Monday, June 30, 2014

TAG Heuer Meridiist Infinite

Minggu lalu kami paparkan teknologi panel termokuple yang mengubah haba tubuh kepada elektrik untuk menguasakan peranti anda. Hari ini TAG Heuer Meridiist Infinite yang didakwa TAG Heuer mampu berfungsi untuk selamanya. Kemampuan bateri yang kekal selama-lamanya ini dilakukan dengan meletakkan panel solar pada skrin telefon tersebut. Panel solar ini unik kerana ianya lutsinar dan diletakkan di antara lapisan LCD telefon itu sendiri. TAG Heuer Meridiist Infinite dibina dari titanium berkualiti tinggi serta gentian karbon. Selain itu juga, ia dilengkapi kamera sebesar 5 Megapixel serta muatan dalaman sebesar 8 Gigabyte. Hanya 1911 unit TAG Heuer Meridiist Infinite akan dibina dan ianya akan mula dijual pada bulan Julai akan datang.

No comments: