Hari ini mereka memperkenalkan beberapa perkara baru, termasuk yang menjadi fokus utama adalah rekabentuk baru yang selari untuk semua aplikasi mereka. Rekabentuk baru ini membawakan rekaan dengan tema berwarna gelap, disamping turut menyertakan kemaskini dari segi tipografi dan juga icon yang diperbaharui. Selain daripada kemaskini pada antaramuka, pihak Spotify turut menyertakan sebuah fungsi baru yang dinamakan sebagai Your Music. Your Music dilihat memudahkan pengguna menyimpan, menguruskan dan melihat pelbagai muzik-muzik kegemaran mereka pada satu tempat. Pada bahagian “Browse” pula, pihak Spotify memperlihatkan kandungan yang lebih relevan – dioptimasikan mengikut geolokasi dan juga masa, sekaligus memudahkan anda melihat dan mendengar muzik yang bersesuaian dengan masa seperti pada waktu pagi, waktu nak tidur dan sebagainya. Fungsi Your Music dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat untuk semua platform. Dimulakan dengan pengenalan pada iPhone dan desktop terlebih dahulu.
Monday, May 12, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment