Perkara mengenai pembangunan CCleaner untuk Android telah dikongsikan pada tahun lepas, dan baru-baru ini mereka telah memulakan ujian beta terbuka untuk pengguna Android. Ia memudahkan anda membuang fail-fail yang tidak digunakan termasuk cache yang disimpan pada peranti ini dengan menjadikan peranti anda lebih pantas dan lancar berbanding kebiasaan. Untuk menggunakannya, pengguna perlu mendaftar diri untuk kumpulan penguji beta CCleaner untuk memudahkan pihak CCleaner mengumpul maklumbalas daripada pengguna sebelum ia dilancarkan secara rasminya. Untuk menyertai bagi kumpulan penguji beta tersebut , anda perlu mendaftar akaun Google+, dan menyertai kumpulan CCleaner. Sertai : Komuniti CCleaner. Sebaik sahaja menyertainya, pengguna boleh ke halaman ujian beta Google Play, dan mengaktifkan akaun anda di sana. Klik pada “Jadi Penguji”, dan akaun Google Play anda akan diaktifkan dengan akses muat-turun CCleaner untuk Android. Akhir sekali, anda boleh memuat-turunnya dan menggunakannya pada peranti anda, disamping berkongsi maklumbalas terus kepada pembangunnya. Layari : Google Play – CCleaner Beta
Monday, May 12, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment