Peranti ini merupakan pad permainan dilengkapi dengan bateri tambahan untuk mengecaj iPhone 5 5S dan juga iPod Touch generasi ke 5. Peranti ini hadir dengan satu pilihan warna dan kuasa bateri tambahan yang dibawakan adalah sebesar 1500mAh dan cukup untuk mengecaj iDevices untuk sekali caj. Turut sama dalam pakej ini adalah kabel penyambungan fon kepala dan kabel Micro-USB. Oleh kerana ia menggunakan sambungan kabel Lightning, kabel Micro-USB perlu dicucuk pada soketnya untuk mengecaj bateri peranti ini. Dibelakang peranti ini terdapat lampu G yang memberikan petunjuk mengenai kapasiti bateri. Sekiranya terdapat caj kuasa, ia akan bercahaya kebiruan manakala sekiranya tiada caj kuasa, ia akan bercahaya kemerahan. Pada kedua belah hujung pemegang terdapat kemasan khas yang menjamin keselesaan dan cengkaman tangan semasa bermain. Bercakap mengenai berat dan saiz, ia tidak terlalu berat malahan ia masih ringan berbanding Otterbox Armor serta masih mengekalkan kenipisan iPhone 5. Pad permainan ini mengambil manfaat dari input kawalan iOS7. Menurut laman rasmi Logitech, terdapat pelbagai permainan yang sedia menyokong penggunaan Powershell. Untuk tujuan ini saya telah memainkan Asphalt 8: Airborne. Salah satu perkara yang jelas, nyata dan terang adalah skrin paparan seolah-olah lebih besar apabila tiadanya interaksi sentuhan atas paparan. Navigasi pilihan dalam permainan boleh dilakukan menggunakan butang D-Pad pada sebelah kiri. Sepanjang permainan berlangsung, tiada lengah masa berlaku kerana kesemua kawalan disambungkan khusus kepada peranti. Peranti ini dijual pada harga RM399 dan didatangkan dengan jaminan selama 3 tahun.
Monday, May 12, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment