Monday, May 12, 2014

Microsoft Menerbitkan Office Online

Pada beberapa minggu yang lepas, pihak Microsoft telah memperkenalkan penjenamaan semula untuk perkhidmatan Office atas-talian mereka kepada Office Online. Pelbagai aplikasi pejabat mereka ditawarkan termasuk Word, Excel, PowerPoint, dan juga OneNote. Ia memudahkan pengguna untuk membuat penyuntingan dokumen terus pada pelayar web tanpa perlu memasang perisian Office pada komputer mereka. Hari ini, gergasi perkomputeran tersebut turut memperkenalkan pelbagai kemaskini baru pada perkhidmatan web mereka, termasuk sokongan pemformatan yang lebih baik, kebolehan mengimport ke PDF, termasuk tawaran aplikasi Chrome untuk pengguna. Buat masa ini, beberapa aplikasi Office Online telah tersedia di Chrome, memudahkan pengguna memasang aplikasi Office Online tersebut.

No comments: