Sekiranya paparan default Android mengetengahkan Widgets, dengan ZenUI paparan Homescreennya mempunyai pelbagai informasi yang boleh dimuatkan. Kesemua informasi termasuk temujanji, perkara perlu dilakukan, malahan notifikasi peringatan mengenai panggilan yang dibatalkan dipersembahkan dalam bentuk jalur-masa seakan-akan Facebook Timeline dan aplikasi ini dinamakan What’s Next. ZenUI diseragamkan serta diintegrasikan dengan aplikasi dari Asus yang lain. Beberapa fungsi yang menjadi fokus pada ZenUI adalah fungsi yang dinamakan “Whats Next, Do It Later”, dan juga integrasi Omlet Chat. Whats’ Next merupakan salah satu pembaharuan yang dibawakan oleh Asus untuk memaparkan informasi yang akan diakses setiap hari oleh kita pada pelbagai bahagian. Pengguna boleh menetapkannya untuk memaparkan informasi seperti mesej, panggilan, cuaca semasa, temujanji dan sebagainya pada skrin utama, lockscreen serta pada drawer notifikasi. Pengguna boleh menggunakan fungsi Do It Later pada ZenUI untuk membolehkan anda mengingati pelbagai perkara dengan lebih mudah, selain menyimpan pautan, video YouTube dan sebagainya untuk tontonan dan bacaan pada kemudian masa. Fungsi akhir sekali adalah integrasi sokongan permesejan dinamakan Omlet Open Messaging Platform yang memudahkan pengguna untuk berinteraksi dengan rakan-rakan lain melalui Omlet Chat.
Monday, May 12, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment