Asus Padfone Mini adalah peranti hibrid yang menggabungkan telefon pintar dan juga tablet. Bahagian telefon pintar menyertakan pelbagai komponen utama, dan menyertakan skrin bersaiz 4.3-inci. Pihak Asus menyediakan sebuah dock yang dikenali dengan nama Padfone Station bersaiz 7-inci. Dock ini selain menawarkan paparan bersaiz besar, ia turut dilengkapi dengan sokongan bateri tambahan, sesuai untuk digunakan untuk mengecas telefon Padfone ketika disatukan. Paparan ZenUI pada Padfone Mini tidak jauh berbeza malahan boleh dikatakan dioptimasikan untuk paparan skrin yang besar. Sokongan bahasa Malaysia dalam ZenUI juga turut disertakan. Membawakan kelajuan serta kuasa pemprosesan setanding Zenfone 5. Padfone Mini turut membawakan kamera PixelMaster 8-megapixel yang menyertakan kesemua fungsi menarik seperti rakaman pada keadaan gelap dan lain-lain. Bakal dijual pada harga RM999, dan dijangka akan ditawarkan sekitar bulan Mei ini.
Monday, May 12, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment