Monday, May 12, 2014

Perkara Baru Pada Android 4.4 KitKat untuk Experia

Android 4.4 KitKat menyertakan beberapa perubahan dari segi antaramuka. Bahagian bar notifikasi dan butang navigasi, menyertakan warna latar yang lutsinar. Pada bahagian bar atas juga, terdapat perubahan ikon, disamping bahagian bateri yang dipaparkan dalam bentuk peratus. Pada bahagian panel notifikasi, ia dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian notifikasi yang hanya memaparkan notifikasi daripada aplikasi sahaja, dan satu lagi bahagian tetapan pantas yang memaparkan ikon untuk pengguna mengawal beberapa fungsi seperti sokongan Mobile Internet, WiFi, Bluetooth dan sebagainya. Beberapa aplikasi baru turut ditawarkan oleh Sony melalui kemaskini ini. Salah satunya adalah akses kepada ratusan tema baru untuk peranti melalui Xperia Themes, dan juga aplikasi pengurusan tugasan dinamakan sebagai Tasks. Selain itu, kemaskini ini turut menyertakan sokongan pengurusan fail yang baru dimana sekiranya pengguna memilih untuk mengakses fail dari sesuatu aplikasi (Browse File), mereka akan dipaparkan dengan sebuah paparan baru yang memudahkan pengguna memilih fail dan dokumen bukan hanya dari peranti sahaja tetapi daripada beberapa aplikasi lain seperti Box, Google Drive dan sebagainya. Salah satu fungsi yang diperkenalkan juga adalah Voice Mail, tetapi semua rakaman dilakukan pada peranti, dan pengguna tidak perlu membayar untuk mendengarnya kembali. Pemanggil akan mendengar mesej anda, dan meninggalkan mesej mereka yang dirakamkan terus ke peranti. Pihak Sony juga turut menawarkan kebolehan untuk mengubah saiz grid sekaligus membolehkan pengguna menyertakan lebih banyak aplikasi dan widget pada skrin mereka. Beberapa fungsi lain yang turut ditambah adalah sokongan Printing di bahagian Settings, kebolehan memilih aplikasi permesejan yang digemari, dan juga fungsi Xperia Connectivity.

No comments: