Monday, May 12, 2014

Apa Yang Baru Pada Lumia Black

Ini adalah ulasan ringkas berkaitan peranti Nokia Lumia 720 yang telah dikemaskini dengan Lumia Black.  Jadi, apakah perkara baru yang ada pada kemaskini Lumia Black ? Anda kini boleh mengubah warna paparan ‘glance screen‘ dan juga memaparkan ‘teks’ serta paparan notifikasi. Dengan kemaskini ini juga anda boleh menggunakan fungsi Bluetooth yang lebih pantas serta menjimatkan bateri. Ini sesuai untuk mereka yang selalu menggunakan fon kepala ataupun peranti yang disambungkan melalui sokongan Bluetooth seperti speaker dan beberapa yang lain. Terdapat Nokia Story Teller, lebih kurang seperti Samsung Story Album. Aplikasi ini menyusun gambar anda mengikut tarikh dan lokasi. Lokasi gambar hanya akan muncul jika pengguna mengambil gambar dengan mengaktifkan fungsi GPS sahaja. Ia kemudiannya memudahkan anda mengembalikan memori silam anda, terutamanya mengikut lokasi. Selain itu, terdapat juga Driving Mode yang memudahkan pengguna ketika memandu Ia membolehkan anda mengikuti beberapa perkembangan, disamping tidak menganggu anda ketika memandu. Ia hanya boleh ditetapkan dan digunakan sepenuhnya sekiranya peranti anda dihubungkan kepada fon kepala. Pengguna boleh memilih nada dering mengikut kegemaran anda, dimana anda boleh memilihnya mengikut koleksi anda, ataupun mengubah-suai sesuatu lagu dengan menggunakan aplikasi Ringtone Maker oleh Nokia. Beberapa perubahan pada Settings, salah satunya adalah pengguna boleh mematikan sokongan getaran pada peranti ketika anda menekan butang “Start” atau butang “Back” pada peranti. Fungsi lain yang ada adalah Storage Check.

No comments: