Beberapa tahun yang lepas, pihak Google telah memperkenalkan sokongan akses daripada satu komputer ke komputer yang lain melalui fungsi Chrome Remote Desktop. Hari ini, fungsi tersebut diperluaskan, dimana pengguna boleh membuat perkara sama menggunakan peranti Android mereka. Menggunakan aplikasi Chrome Remote Desktop, pengguna boleh mengakses desktop mereka terus menggunakan tablet atau telefon pintar mereka. Komputer anda juga perlulah aktif pada ketika ia diakses menggunakan aplikasi ini. Ia memudahkan pengguna membuat pelbagai tugasan dengan menghubungkan ke komputer utama anda, selain membantu rakan-rakan anda yang lain sekiranya mempunyai masalah komputer dan sebagainya. Buat masa ini, aplikasi tersebut hanya ditawarkan untuk beberapa buah negara sahaja dan pengguna tempatan perlu memasangnya menggunakan fail APK. Muat-Turun Chrome Remote Desktop
Monday, May 12, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment