Wednesday, April 16, 2014

Vine Memperkenalkan Sokongan Permesejan Video

Perkhidmatan Vine sedia menawarkan sokongan untuk berkongsi video selama 6 saat, yang membuatkan ramai pengguna hadir dengan pelbagai video yang kreatif menggunakan perkhidmatan tersebut. Hari ini, perkhidmatan yang dimiliki oleh Twitter tersebut turut memperkenalkan beberapa perkara baru melalui kemaskini untuk aplikasi iOS dan Android mereka. Salah satu perkara yang mendapat fokus utama adalah sokongan permesejan yang dinamakan sebagai Vine Messages. Secara amnya, ia berfungsi sama seperti Instagram Direct. Pengguna perlu membuka Vine, dan pada bahagian Messages, anda boleh memilih untuk merakamkan video dan menghantarnya. Pengguna juga boleh menghantar kepada lebih daripada satu pengguna, tetapi ia akan memaparkan thread yang berbeza untuk setiap pengguna. Bagi yang berminat, boleh mendapatkan aplikasi Vine terbaru untuk Android dan iOS.

No comments: