Melalui kemaskini Windows Phone 8.1 akan datang, Nokia sedia menawarkan lebih banyak fungsi secara percuma kepada pengguna platform tersebut. Pihak Nokia akan menawarkan HERE Drive+ secara percuma untuk semua pengguna Windows Phone 8.1 dimana fungsi ini hanya ditawarkan secara percuma kepada pengguna Lumia sahaja dan dengan pengumuman ini ia akan membolehkan pengguna peranti Samsung, HTC, Huawei dan sebagainya yang menjalankan Windows Phone 8.1 untuk mendapatkannya. HERE Drive+ menawarkan sokongan navigasi bersuara di lebih 97 buah negara seluruh dunia dan turut hadir dengan sokongan offline. Pihak Nokia juga berkongsi telah mengemaskini gambaran peta untuk perkhidmatan HERE Maps mereka.
Wednesday, April 16, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment