Wednesday, April 16, 2014

Canonical Menamatkan Perkhidmatan Storan Awan

Dengan persaingan di arena storan awan yang semakin sengit, kini Canonical mengambil langkah untuk menamatkan perkhidmatan mereka iaitu Ubuntu One. Pengumuman mengejut ini dilakukan oleh Canonical, dimana sokongan sync akan ditamatkan pada 1 Jun, dan diikuti perkhidmatan tersebut sepenuhnya pada 31 Julai. Ubuntu One telah diperkenalkan oleh Canonical sebagai perkhidmatan freemium, dimana pengguna boleh membeli ruangan storan tambahan sekiranya tidak memadai dengan storan percuma. Antara nama besar dalam arena storan awan adalah termasuk Dropbox, Microsoft OneDrive, Box, dan juga Google Drive. Pihak Canonical mengatakan ia agak sukar untuk mereka bersaing dalam arena tersebut memandangkan ia memerlukan pelaburan yang agak tinggi. Apa pun, mengekalkan konsep sumber terbuka mereka, pihak Canonical akan mengeluarkan kod sumber untuk Ubuntu One kepada umum, membolehkan sesiapa yang berminat melihatnya dan menggunakannya.

No comments: