Wednesday, April 16, 2014

B Shoe – Kasut Pintar

Agak menakjubkan “berjalan” dan “terjatuh” boleh mengakibatkan kematian apabila usia semakin senja.  Dianggarkan lebih dari 30% warga emas akan terjatuh kerana kegagalan mengimbangi badan selepas berusia melebihi 65 tahun. B Shoe ialah sebuah kasut pintar yang dicipta bagi mengurangkan risiko pemakainya terjatuh. Menurut pengeluar B Shoe, bahagian tapak kasut ini mempunyai sistem runut bermotor yang dapat mengesan pemakainya yang mula kehilangan imbangan badan. Ianya kemudian secara automatik akan menggerakkan tapak kaki yang mula kehilangan imbangan ke belakang bagi menghalang pemakai dari terjatuh. Menggerakkan kaki ke belakang adalah reaksi normal yang biasa kita lakukan apabila ingin terjatuh tetapi apabila kita semakin tua reaksi otak dan otot kita menjadi perlahan mengakibatkan kita gagal melakukannya dengan pantas. B Shoe berharap ciptaan kasut pintar mereka ini dapat mengurangkan jumlah warga tua yang terjatuh dan mengakibatkan ramai warga tua terbaring sehingga akhir hayat akibat kecederaan. Malang sekali di Malaysia warga tua tidak memakai kasut di dalam rumah. Apakah agaknya penyelesaian kepada masalah nenek dan datuk kita yang terjatuh sehingga mengalami kecederaan kronik ? Adakah universiti tempatan yang menghasilkan projek tahun akhir yang mampu memberikan penyelesaian kepada masalah yang kita semua tahu bukanlah sesuatu yang baru. Jika anda ada penyelesaiannya, sila lakukan sesuatu dan kongsikan kepada kami. Kami yakin ciptaan anda dapat mengurangkan insiden nenek dan datuk cedera kerana terjatuh. Sumber B Shoe.

No comments: