Wednesday, April 16, 2014

Facebook Messenger 4.0

Facebook hari ini telah mengemaskini aplikasi Facebook Messenger untuk Android dengan menyertakan beberapa fungsi baru. Salah satu yang menarik perhatian kami adalah sokongan panggilan suara melalui aplikasi berkenaan. Sokongan panggilan suara ini ditawarkan secara percuma melalui WiFi, dan pengguna boleh menggunakannya dengan pelan data mereka. Daripada percubaan yang dilakukan kualiti audio agak baik, namun sesekali ia mengalami lengah masa ketika didalam panggilan. Pengguna hanya perlu membuka aplikasi Facebook Messenger, dan kemudian membuka panel sembang rakan anda. Sebuah butang panggilan berwarna biru akan dipaparkan bersebelahan dengan nama rakan anda, dimana dengan kliknya ia akan membuat panggilan secara automatik. Selain daripada sokongan panggilan suara, pihak Facebook turut menambah beberapa fungsi baru, termasuk ruangan untuk sembang berkumpulan (Groups), dan menambah Shortcut ke halaman skrin utama peranti anda. Muat-Turun Facebook Messenger untuk Android.

No comments: