Tuesday, April 15, 2014

SUSE Memperkenalkan kGraft

Kira-kira 2 bulan yang lalu organisasi sumber terbuka terkenal iaitu SUSE mengumumkan bahawa mereka akan hadir dengan satu program yang diberi nama kGraft, membolehkan kernel Linux dikemaskini tanpa memerlukan proses reboot. Ketika berlangsungnya Linux Foundation Collaboration Summit di California, SUSE mengumumkan kGraft kepada umum, sekaligus melepaskan kod sumbernya yang boleh didapati melalui laman repositori Git di Kernel.org. Selain daripada kGraft, kSplice juga merupakan solution yang terkenal untuk membolehkan kernel Linux dikemaskini tanpa proses reboot, dimana kini ia dimiliki oleh Oracle. Red Hat juga turut mengumumkan penyelesaian yang sama baru-baru ini yang dinamakan sebagai kPatch dan ketika ini masih lagi belum stabil untuk digunakan. Jika anda berminat untuk mencuba kPatch, anda boleh mendapatkannya di laman repositori GitHub kPatch.

No comments: