Tuesday, April 15, 2014

Aplikasi Coursera - Gedung Ilmu

Terdapat beberapa perkhidmatan yang menawarkan pembelajaran dan perkongsian ilmu pengetahuan melalui web dan aplikasi, dan salah satunya adalah Coursera. Terkini, pihak Coursera menerbitkan aplikasi mereka untuk platform Android setelah memperkenalkannya untuk pengguna iOS sebelum ini. Coursera menawarkan kursus dan perkongsian pengetahuan lebih daripada 100 institusi pendidikan, dan pengguna boleh mendaftarkan diri dan melihat pelbagai perkara seperti kuliah, nota dan sebagainya. Dengan pengenalan aplikasi untuk Android, ia memudahkan pengguna mengikuti sesuatu topik pilihan mereka dengan mudah, apatah lagi dengan peranti mudah-alih sentiasa diakses pengguna berbanding mengakses sesuatu perkhidmatan melalui web. Aplikasi yang ditawarkan juga dioptimasikan untuk paparan Android, selain mudah dan tidak begitu sukar untuk difahami. Bagi pengguna yang berminat, boleh mendaftarkan diri untuk Coursera ini. Layari : Coursera

No comments: