Tuesday, April 15, 2014

BBM Mempunyai 85 Juta Pengguna Aktif

Pihak Blackberry hari ini berkongsi beberapa statistik semasa mereka, dimana perkhidmatan BlackBerry Messenger kini mempunyai lebih 113 juta pengguna berdaftar, dan hampir 85 juta pengguna aktif setiap bulan. BlackBerry turut mengatakan perkhidmatan permesejan mereka kini mempunyai lebih kurang 500,000 BBM Channels. Menariknya, selain platform mudah-alih, pihak BlackBerry turut menyasarkan untuk membawa perkhidmatan permesejan mereka ke desktop untuk memudahkan pengguna menghantar dan menerima mesej terus menggunakan komputer mereka.

No comments: