Tuesday, April 15, 2014

P1 Dijangka Memperkenalkan Rangkaian

Telekom Malaysia semalam telah mengumumkan mereka akan mengambil-alih pegangan P1 sebanyak 57%, disamping bekerjasama dengan SK Telecom dan Green Packet bagi membangunkan perkhidmatan komunikasi bersepadu generasi baru di Malaysia. Lanjutan daripadanya, CEO P1 telah mengeluarkan kenyataan berkaitan perkara tersebut, disamping berkongsi mengatakan perkhidmatan rangkian LTE akan dibangunkan secara berperingkat dan akan diperkenalkan seawal penghujung tahun ini. Dengan kerjasama ini rangkaian 4G-LTE yang dibangunkan akan lebih berkualiti, apatah lagi dengan kepakaran SK Telecom yang sedia membangunkan rangkaian LTE yang terbaik di dunia. P1 mengatakan mereka akan terus menawarkan perkhidmatan WiMAX tanpa sebarang perubahan buat masa ini. Selepas itu, ia akan hadir dalam bentuk pelan baru daripada P1 kepada pengguna, samaada ingin memilih rangkaian LTE ataupun rangkaian WiMAX. Walaubagaimanapun, pihak P1 dijangka akan menggantikan perkhidmatan WiMAX mereka sepenuhnya kepada LTE secara berperingkat, dan memfokuskan kepada pelan tawaran LTE sahaja selepas itu.

No comments: